Saturday 22 October 2011

AKU ADALAH SANG PENULIS KECIL ( 2 ).

Aku adalah Sang Penulis Kecil,
kerjaku hanya menulis,
apa yang telah dilihat,
dan apa yang telah difikir.

Aku adalah Sang Penulis Kecil,
kerjaku hanya mencoret,
apa yang telah dirasai,
dan apa yang telah dialami.

Aku adalah Sang Penulis Kecil,
kerjaku hanya menyampaikan,
apa yang telah tersirat,
dan apa yang mungkin tersurat.

Aku adalah Sang Penulis Kecil,
yang hanya akan menulis,
dan akan terus mencoret,
serta terus menyampaikan,
sehingga ketitisan idea yang terakhir,
kerana aku adalah Sang Penulis Kecil.

Thursday 13 October 2011

KOLEKSI PANTUN SANG PENULIS KECIL ( 4 ).

1) Kura-kura tumbuh bulu,
    Pura-pura tunjuk malu...

2) Kalau suka pergi memikat,
    Jangan sampai lupa solat,
    Kalau cinta sudah melekat,
    Garam ditelan rasa coklat.

3) Apa diharap selasih diseberang,
    Entahkan berisi entahkan tidak,
    Selasih yang ada tak boleh dimakan,
    Apa diharap kasihnya orang,
    Entahkan sudi entahkan tidak,
    Kasih yang ada diabai-abaikan.

Sang Penulis kecil. 

KOLEKSI PANTUN SANG PENULIS KECIL ( 3 ).

1) Kura-kura makan tauhu,
    Pura-pura buat tak tahu...

2) Pasang pelita sumbunya padam,
    Hati panas terasanya geram,
    Kalau hidup selalu berdendam,
    Hidup jadi tak aman tenteram.

3) Ketengah hutan burung dipikat,
    Membawa buluh yang telah dipahat,
    Burung terjerat menjadi bodoh,
    Kalau dendam sudah melekat,
    Segala yang baik nampak jahat,
    Yang cantik pula nampak hodoh.

Sang Penulis Kecil.

Wednesday 12 October 2011

KOLEKSI PANTUN SANG PENULIS KECIL ( 2 ).

1) Ikan keli banyak sengat,
    Sendiri mau ingat...

2) Menggoreng telor menjadi hangit,
    Telor dicuri dari bangsal,
    Hidup jangan menongkat langit,
    Ingat diri dimana berasal.

3) Terbang tinggi menongkah awan,
    Akhirnya tiba pulang kesarang,
    Hantu dan jin lagi ku tawan,
    Ini pula engkau seorang?.

Sang Penulis Kecil.

KOLEKSI PANTUN SANG PENULIS KECIL ( 1 ).

1)  Lembu, seladang, singa,
     Lu memang selenga...

2) Kapal berlabuh sarat muatan,
    Singgah melihat ayam berlaga,
    Hamba ini jejaka ikutan,
    Kenapa harta rupa dipilih juga?.

3) Jika rasa tidak tertahan,
    Kenapa hendak terus bersukan?,
    Tidakkah nanti badan kepenatan?,
    Jika cinta jadi pilihan,
    Kenapa kekayaan yang dipintakan?,
    Tidakkah itu mata duitan?.

Sang Penulis Kecil.

AKU ADALAH SANG PENULIS KECIL.

Aku adalah Sang Penulis Kecil,
menulis apa yang bermain diminda,
menulis apa yang dirasa,
menulis apa yang disuka.

Aku adalah Sang Penulis Kecil,
mencipta watak dan perwatakan,
mencipta suasana dan cerita,
menjadikan sebuah drama kehidupan.

Aku adalah Sang Penulis Kecil,
yang ilmunya cuma sebesar jarum dilautan,
yang hadirnya bagaikan tak kelihatan,
Namun...
jiwaku sebesar gunung yang tak mampu dipelukkan.

Itulah aku,
Sang Penulis kecil.



 

Monday 10 October 2011

PESANAN PADA PELAKUN-PELAKUN BARU DAN PELAKUN-PELAKUN EKSTRA DARI PENULIS KECIL.

Industi hiburan seperti penerbitan drama tv dan filem semakin berkembang pesat dari masa kemasa. Ini bermakna peluang bagi mereka yang mencari rezeki dalam bidang lakunan semakin bertambah. Namun begitu keinginan menjadi pelakun terkenal jugak makin bertambah ramai dikalangan remaja. Itu satu perkembangan yang positif oleh para muda-mudi dizaman ini. Tidaklah menjadi bahan umpatan dan pandangan negatif oleh sesetengah pihak. Dan sebagai penulis aku menyambut baik hasrat para talent yang mempunyai matlamat hidup seperti itu.

Namun untuk menjadi pelakun yang terkenal dan hebat bukannya mudah. Mereka terpaksa bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan tawaran berlakun. Ini menyebabkan ada yang sanggup mengenepikan harga diri dan maruah diri demi ubtuk mendapatkan job. Dalam masalah ini, aku tak dapat memberikan apa-apa komen kerana itu terletaklah pada yang empunya diri. Tapi apa yang aku nampak dari kaca mata aku sendiri dan dari sudut pandangan aku sendiri...ramai daripada talent-talent yang tidak cukup dengan persediaan masing-masing dalam menghadapi kerenah bidang lakunan ni. Contohnya...ada rupa tapi tak ada ilmu dan pengalaman. Ada ilmu dan pengalaman tapi rupa pulak kurang dan tak menarik. Jadi macam mana nak maju melangkah. Jawapannya...duduklah ditakok lama. Jadilah pelakun ekstra sampai ke tua. ( Maaf kerana pedasnya ayat ni tapi itulah kenyataan ).

Disini aku ingin berikan saranan dan pandangan bagaimana mahu bergerak maju dalam bidang lakunan ni. Bagi yang rupanya kurang menarik tu...kalau perempuan tu pandai-pandailah make-up bagi cantik. Kalau gemuk tu pandai-pandailah kuruskan badan. Rajin-rajinlah pergi Spa kalau berkemampuan. Kalau lelaki pulak...kalau rupa kurang menarik atau tak hensem tu...pandai-pandailah rawat muka tu bagi nampak hensem. Contohnya cuci muka dengan pencuci muka bagi muka tu nampak bersih. Tapi muka lelaki ni kalau dah tak hensem nak buat macam mana...terpaksalah terima hakikat. Tapi kita boleh cuba perbaiki benda lain. Rajin-rajin pergi gym. Biar badan yang kurus-kering macam lidi nampak tegap macam pelakun hindustan. Badan yang gemuk macam badak tu jadi macam badan ahli bena badan. Barulah pengarah atau penerbit tenguk terbukak biji mata mereka. Itulah namanya penampilan diri.

Ilmu berlakun nak kena ada dalam setiap orang yang ingin menjadi pelakun. Bila ilmu berlakun tak ada
...lakunannya nampak tak mantap walaupun dia buat yang terbaik pada pandangan matanya sendiri. Pergilah kursus dimana-mana bengkel. Finaspun ada buat. Siap diakui lagi tu oleh semua pihak dalam industri seni ni. Bengke-bengkel persendirian lainpun tak pe...janji ada belajar berlakun. Ilmu seni bela diripun nak kena ada jugak sikit-sikit. Taklah bila berlakun scene fighting...tendang paras pinggang, pergerakan dalam pertarungan nampak kaku dan tak mantap. Ini selalu berlaku pada pelakun perempuan. Bukak langkah silat macam bukak langkah 'cat walk'. Jadi, pandai-pandailah cari ilmu-ilmu tu.

Pengalaman berlakun terutamanya watak berdialog kena ada dan sentiasa kena cari atau dapatkan watak tu. Takut nanti rupa ada...ilmu berlakun bukan main banyak...tapi bila kena berdialog depan kamera mulalah tak ingat skriplah, tak boleh nak berlakun dengan santailah dan bermacam-macam lagilah. Kata orang kena 'badi kamera'.

'Kabel' merupakan perkara penting dalam dunia dan industri ni. Semakin besar kabel yang anda semua ada semakin besarlah peluang yang anda dapat. Macam aku jugak, kalau tak ada kabel dengan penerbit...
alamatnya jadi penulis skrip untuk diri sendirilah jawabnya. Tulis-tulis simpan...tulis-tulis simpan. Begitu jugak dengan penerbit. Kalau tak de kabel dengan setesen tv, Finas dan sebagainya...jawabnya terbit untuk tatapan sendirilah sajalah. Jadi...kabel tu memang sangat penting. Apa makna kabel tu?...faham-faham sendiri sudahlah. Pada yang pernah membaca status aku dalam fb aku yang dulu-dulu tu...tentu faham apa maksud aku. Macam mana nak cari kabel tu?. Pandai-pandai koranglah macam mana caranya. Jangan pandang remeh tau.  

Jadi kesimpulannya semua 4 perkara tu nak kena ada dalam diri. barulah boleh pergi jauh. Setidak-tidaknya dari pelakun ekstra seumur hidup dapatlah naik taraf ke pelakun pembantu.Maaflah agak pedas sikit pandangan dari aku ni tapi jujur dan ikhlas untuk melihat kemajuan dalam diri anda semua.

Sunday 9 October 2011

PERTEMUAN SETELAH BERPISAH LAMA DENGAN GURU BUNG ROSLI.

Bung Rosli adalah salah seorang guruku yang mengajarku ilmu seni lakunan. Kami kenal ketika aku berlakun dalam drama bersiri 'UNIT KECEMASAN KUALA LUMPUR ( UKKL )' pada tahun 1998. Ketika itu dia sedang mengarahkan drama tersebut dan aku adalah salah seorang dari pelakun pembantunya. Dalam masa shooting drama tersebut, hubungan kami menjadi rapat setelah aku menyatakan ingin belajar berlakun dengannya. Dia yang merupakan seorang pengarah yang jenis tak kedekut ilmu telah bersetuju untuk mengajarku dengan syarat tinggal bersamanya. Balik saja dari shooting drama 'UKKL' akupun tinggallah bersamanya dan beberapa krew dan pelakun-pelakun lain di Sri Damansara. Tapi ketika itu ekonomi dunia sedang gawat termasuklah Malaysia, banyaklah projek drama terhenti sementara. Akibat tak mendapat tawaran berlakun, aku terpaksa meninggalkan rumah dan Bung Rosli lalu keluar mencari pekerjaan. Sejak itu hubungan kami terputus.

Setelah hampir 13 tahun berlalu, ketika aku sedang berfb dengan pelakun Haeryanto Hassan, aku bertanyakan mengenai Bung Rosli. Haeryantopun memberikan no. talipon guruku itu padaku. Sejak itu hubungan kami mula terjalin kembali walaupun hanya sekadar ditalian talipon dan fb saja. Tapi malam semalam, tiba-tiba Bung Rosli talipon aku dan mengatakan yang dia dalam perjalanan ketempatku dan ingin bertemu dengan aku. Alangkah gembiranya hati aku. Setelah berbelas tahun terpisah, akhirnya kami bersua muka juga. Dalam pertemuan itu, rupanya dia ada hajat denganku. Rupa-rupanya sekarang ini dia bukan saja seorang pengarah ( director ) ...malah dah jadi seorang penerbit. Kedatangannya rupanya ada hajat dengan aku.Dia bertanyakan skrip filem padaku. Rezekilah namanya tu. Malah dia membincangkan projek besar mengenai filem denganku. Sesungguhnya aku bersyukur denganmu Ya Allah kerana kau mengurniakan bakat penulisan padaku dan kau juga memberikan rezeki melalui bakat yang kau anugerahkan padaku. Terima kasih yang tidak terhingga padamu, Ya Allah...syukur alhamdulillah. Terima kasih juga pada Bung Rosli yang mempercayai bakatku. Aku sangat-sangat menghargainya.

TERIMA KASIH GURU-GURUKU DAN BERSYUKUR PADAMU ALLAH

Semasa mula-mula aku bergiat dalam industri drama tv dan filem dulu hanya sebagai pelakun iaitu pada awal tahun 1990an. Berbekalkan tubuh yang tegap dan sedikit rupa menarik, aku pergi mencuba nasib uji bakat di HVD production. Tuah ayam nampak dikaki tapi tuah manusia siapa yang tahu. Aku lulus uji-bakat tersebut dan diberikan watak pembantu dalam drama bersiri ' PAHLAWAN ULUNG ' oleh pihak HVD Production sebanyak 3 episod dan shooting di Penyabung, Endau, Johor. Sejak itu aku sering ditawarkan watak pembantu oleh HVD Production. Namun atas sebab peribadi aku terpaksa berhenti berlakun selama lebih kurang hampir 5 tahun. Setelah itu aku bergiat semula dalam bidang lakunan dengan menjadi pelakun bebas hinggalah 2007. Tapi semasa aku berlakun jangan katakan nak kenal penerbit...pengarahpun payah aku nak dekati. Bukan payah lagi...tapi tak dapat kenal dan dekati lansung. Mereka ni memandang aku hanya macam sampah dan terlalu rendah hingga sebelah matapun mereka tak mahu pandang lansung. Maklumlah pelakun pembantu tahap cipan masa tu. Macam mana nak terkenal?. Walaupun aku sama-sama berkursus dengan pelakun Mubarak Majid di KBN dan Yank Kassim di MAHAKA PRODUCTION, tapi nasib mereka berdua lebih baik berbanding dengan aku.

Kini setelah aku bergiat sebagai penulis skrip, nampaknya bintang aku mula bersinar dalam industri ini. Ditambah pula aku telah berguru dengan penulis otai Ruslie Sophian, Erhan Baharuddin yang merupakan seorang penulis, pengarah dan penerbit serta Shaiful Asnawi  yang juga merupakan penulis, pengarah dan penerbit... nasib aku bertambah baik. Kalau dulu jangankan nak kenal penerbit apalagi nak dekati...nak kenal dan berkawan dengan pengarahpun aku tak dapat. Tapi sekarang ni, pengarah dan penerbit menjadi kawan rapatku.Walaupun tak ramai yang kenal aku, tapi aku berasa bangga juga.Ini kerana walaupun hanya baru awal tahun ini aku bergiat aktif sebagai penulis skrip...tapi aku dikirakan berjaya juga mencapai impianku. Bakatku diterima dan dihargai oleh beberapa pengarah dan penerbit. Alhamdulillah...

Aku ingin mengucap syukur alhamdulillah dan jutaan terima kasih padamu Ya Allah kerana mengurniakan bakat menulis padaku dan menggerakkan hatiku untuk menjadi seorang penulis skrip. Aku juga mengucapkan terima kasih pada guru-guruku iaitu Ruslie Sophian, Erhan Baharuddin, Shaiful Asnawi dan guru lakunanku yang merupakan pengarah teater, pengarah drama dan filem serta seorang penerbit iaitu Bung Rosli yang pernah tinggal bersama dan mengajar aku ilmu seni lakunan suatu masa dulu. Tak lupa juga sahabatku Man Sheikh yang mula-mula memperkenalkan aku dengan dunia penulisan skrip. Dialah orang pertama yang mengesan bakat penulisanku. Jasa kalian semua akan aku kenang sampai ke akhir hayatku. Dan budi kalian juga akan ku ingati sampai kemati. Terima kasih guru-guruku dan terima kasih Ya Allah..syukur alhamdulillah.

Saturday 8 October 2011

Blog Penulis Kecil

Selamat berkunjung ke blog penulis kecil yang berhati dan jiwa besar, walaupun ilmuku hanya sebesar jarum di tengah lautan. Tapi aku yakin suatu hari nanti...ramai kagum pada karya-karyaku.