Sunday 9 October 2011

PERTEMUAN SETELAH BERPISAH LAMA DENGAN GURU BUNG ROSLI.

Bung Rosli adalah salah seorang guruku yang mengajarku ilmu seni lakunan. Kami kenal ketika aku berlakun dalam drama bersiri 'UNIT KECEMASAN KUALA LUMPUR ( UKKL )' pada tahun 1998. Ketika itu dia sedang mengarahkan drama tersebut dan aku adalah salah seorang dari pelakun pembantunya. Dalam masa shooting drama tersebut, hubungan kami menjadi rapat setelah aku menyatakan ingin belajar berlakun dengannya. Dia yang merupakan seorang pengarah yang jenis tak kedekut ilmu telah bersetuju untuk mengajarku dengan syarat tinggal bersamanya. Balik saja dari shooting drama 'UKKL' akupun tinggallah bersamanya dan beberapa krew dan pelakun-pelakun lain di Sri Damansara. Tapi ketika itu ekonomi dunia sedang gawat termasuklah Malaysia, banyaklah projek drama terhenti sementara. Akibat tak mendapat tawaran berlakun, aku terpaksa meninggalkan rumah dan Bung Rosli lalu keluar mencari pekerjaan. Sejak itu hubungan kami terputus.

Setelah hampir 13 tahun berlalu, ketika aku sedang berfb dengan pelakun Haeryanto Hassan, aku bertanyakan mengenai Bung Rosli. Haeryantopun memberikan no. talipon guruku itu padaku. Sejak itu hubungan kami mula terjalin kembali walaupun hanya sekadar ditalian talipon dan fb saja. Tapi malam semalam, tiba-tiba Bung Rosli talipon aku dan mengatakan yang dia dalam perjalanan ketempatku dan ingin bertemu dengan aku. Alangkah gembiranya hati aku. Setelah berbelas tahun terpisah, akhirnya kami bersua muka juga. Dalam pertemuan itu, rupanya dia ada hajat denganku. Rupa-rupanya sekarang ini dia bukan saja seorang pengarah ( director ) ...malah dah jadi seorang penerbit. Kedatangannya rupanya ada hajat dengan aku.Dia bertanyakan skrip filem padaku. Rezekilah namanya tu. Malah dia membincangkan projek besar mengenai filem denganku. Sesungguhnya aku bersyukur denganmu Ya Allah kerana kau mengurniakan bakat penulisan padaku dan kau juga memberikan rezeki melalui bakat yang kau anugerahkan padaku. Terima kasih yang tidak terhingga padamu, Ya Allah...syukur alhamdulillah. Terima kasih juga pada Bung Rosli yang mempercayai bakatku. Aku sangat-sangat menghargainya.

No comments:

Post a Comment