Sunday 9 October 2011

TERIMA KASIH GURU-GURUKU DAN BERSYUKUR PADAMU ALLAH

Semasa mula-mula aku bergiat dalam industri drama tv dan filem dulu hanya sebagai pelakun iaitu pada awal tahun 1990an. Berbekalkan tubuh yang tegap dan sedikit rupa menarik, aku pergi mencuba nasib uji bakat di HVD production. Tuah ayam nampak dikaki tapi tuah manusia siapa yang tahu. Aku lulus uji-bakat tersebut dan diberikan watak pembantu dalam drama bersiri ' PAHLAWAN ULUNG ' oleh pihak HVD Production sebanyak 3 episod dan shooting di Penyabung, Endau, Johor. Sejak itu aku sering ditawarkan watak pembantu oleh HVD Production. Namun atas sebab peribadi aku terpaksa berhenti berlakun selama lebih kurang hampir 5 tahun. Setelah itu aku bergiat semula dalam bidang lakunan dengan menjadi pelakun bebas hinggalah 2007. Tapi semasa aku berlakun jangan katakan nak kenal penerbit...pengarahpun payah aku nak dekati. Bukan payah lagi...tapi tak dapat kenal dan dekati lansung. Mereka ni memandang aku hanya macam sampah dan terlalu rendah hingga sebelah matapun mereka tak mahu pandang lansung. Maklumlah pelakun pembantu tahap cipan masa tu. Macam mana nak terkenal?. Walaupun aku sama-sama berkursus dengan pelakun Mubarak Majid di KBN dan Yank Kassim di MAHAKA PRODUCTION, tapi nasib mereka berdua lebih baik berbanding dengan aku.

Kini setelah aku bergiat sebagai penulis skrip, nampaknya bintang aku mula bersinar dalam industri ini. Ditambah pula aku telah berguru dengan penulis otai Ruslie Sophian, Erhan Baharuddin yang merupakan seorang penulis, pengarah dan penerbit serta Shaiful Asnawi  yang juga merupakan penulis, pengarah dan penerbit... nasib aku bertambah baik. Kalau dulu jangankan nak kenal penerbit apalagi nak dekati...nak kenal dan berkawan dengan pengarahpun aku tak dapat. Tapi sekarang ni, pengarah dan penerbit menjadi kawan rapatku.Walaupun tak ramai yang kenal aku, tapi aku berasa bangga juga.Ini kerana walaupun hanya baru awal tahun ini aku bergiat aktif sebagai penulis skrip...tapi aku dikirakan berjaya juga mencapai impianku. Bakatku diterima dan dihargai oleh beberapa pengarah dan penerbit. Alhamdulillah...

Aku ingin mengucap syukur alhamdulillah dan jutaan terima kasih padamu Ya Allah kerana mengurniakan bakat menulis padaku dan menggerakkan hatiku untuk menjadi seorang penulis skrip. Aku juga mengucapkan terima kasih pada guru-guruku iaitu Ruslie Sophian, Erhan Baharuddin, Shaiful Asnawi dan guru lakunanku yang merupakan pengarah teater, pengarah drama dan filem serta seorang penerbit iaitu Bung Rosli yang pernah tinggal bersama dan mengajar aku ilmu seni lakunan suatu masa dulu. Tak lupa juga sahabatku Man Sheikh yang mula-mula memperkenalkan aku dengan dunia penulisan skrip. Dialah orang pertama yang mengesan bakat penulisanku. Jasa kalian semua akan aku kenang sampai ke akhir hayatku. Dan budi kalian juga akan ku ingati sampai kemati. Terima kasih guru-guruku dan terima kasih Ya Allah..syukur alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment