Monday 5 December 2011

TIPS UNTUK MENJADI PELAKON YANG BERJAYA.

Seiring dengan perkembangan pesat industri filem dan drama tv di Malaysia, semakin ramai yang beriya-iya mahu menjadi pelakun terkenal. Ada yang berjaya dan ada yang kecundang ditengah jalan lalu menukarkan kerjaya mereka pada kerja tetap dengan perasaan kecewa dan hampa. Halatuju yang pada mulanya bersemangat dan berkorbar-korbar akhirnya hilang entah kemana. Mengapakah ianya berlaku?. Tentu ada sebab musababnya?. Tentu ada kekurangan pada diri sendiri yang kita tidak tahu atau kita tidak dapat merenung, memikirkan dan mencari jawapannya.

Untuk menjadi seorang pelakun yang dikenali bukannya mudah tetapi tidaklah terlalu sukar sangat. Yang sukar dan susah adalah menjadi pelakun yang terkenal. Menjadi pelakun terkenal menuntut banyak pengorbanan yang kadang-kadang tidak terjangkau atau dapat diterima oleh akal yang waras. Kerana mahu menjadi pelakun terkenal ada antara mereka yang mengikut jalan songsang dan jalan salah yang mana hingga sanggup menggadaikan maruah diri, berjumpa bomoh dan sebagainya. Walaupun tidak semuanya begitu tetapi memang terdapat perkara seperti itu berlaku dalam mengejar impian mereka menjadi pelakon terkenal dan glamor.

Namun disini, sebagai seorang pemikir, permerhati dan penulis skrip yang berasal dari bekas seorang pelakun era awal 90an, saya ingin memberikan beberapa tips bagaimana mahu menjadi pelakun yang dikenali walaupun bukan sebagai pelakun terkenal dan glamor pada rakan-rakan talents untuk di ikuti atau menjadikannya sekadar info sahaja. Tapi oleh kerana saya sibuk dengan dunia penulisan skrip, mungkin saya tidak dapat menghuraikan atau menerangkannya dengan serentak sekali semua. Mungkin secara sedikit-sedikit atau berperingkat bergantung pada masa kelapangan saya. Diharap ianya akan memberikan menafaat yang sangat berguna buat semua rakan-rakan talents dan pelakun-pelakun baru yang baru hendak berjinak dengan dunia seni lakunan tv dan filem ini.

Untuk menjadi pelakun yag dikenali dan selalu mendapat 'job' walaupun bukan pelakun terkenal yang job mencari dia, ada beberapa perkara yang harus ada pada diri talents itu sendiri dan perlu tahu beberapa perkara, iaitu:-

1). Minat.

2). Bakat.

3). Ilmu.

4). Pengalaman.

5).  Usaha dan semangat.

6). Sikap dan pemikiran.

7). Kesabaran dan Ketabahan.

8). Rupa dan Penampilan diri.

9). 'Kabel'.

Rasanya cukuplah setakat ini dulu yang dapat saya terangkan dan jelaskan buat masa ini. InsyaAllah...dilain ruangan saya akan huraikan satu persatu perkara-perkara yang saya nyatakan dengan lebih mendalam dan terperinci lagi. Semuga ianya dapat memberikan sedikit info buat anda yang baru nak menceburkan diri dalam bidang senilakunan drama tv dan filem dan juga pada mereka-mereka yang dah menceburkan diri sama ada baru ataupun sudah lama tapi masih tak maju-maju dalam kerjaya ini.

Terima kasih dan jumpa lagi.